fbpx

Dalam artikel ini, saya nak share bagaimana anda boleh analisa iklan Facebook dengan lebih baik sekiranya anda menggunakan website. Semua orang tahu kan yang FB Ads Analisis ni sangat penting. Analisis inilah yang akan menentukan sama ada adset perlu ditutup ataupun tidak.

Tool yang saya nak tunjukkan kepada anda ialah Google Analytics. Tool ini sangat berguna kalau anda menggunakan website. Kalau anda mempunyai kedai ecommerce, sangat rugi kalau anda tidak menggunakan tool ini. Dah la percuma je. Tak perlu bayar sesen pun.

Mesti anda tertanya, kenapa tak guna Facebook Ads Manager sahaja? Kan ianya disediakan Facebook? Memang betul Facebook Ads Manager adalah tool yang sangat bagus. Tetapi, kalau dalam kes website, data yang ditunjukkan dalam Facebook Ads Manager kadangkala tidak tepat.

Saya sendiri pernah mengalami masalah nak tentukan mana satu adset yang perlu ditutup kerana Facebook tidak capture purchase yang telah dibuat oleh pelanggan.

analisis iklan facebook

Google Analytics

google analytics

Bayangkan website anda menerima 5000 trafik setiap hari. Semua perkara anda telah buat seperti SEO, Facebook Ads, Google Ads dan Instagram Ads tetapi anda tidak tahu mana satu sumber trafik yang paling besar.

Google Analytics membenarkan kita untuk track dari mana trafik yang datang ke website kita. Dan, mana satu sumber trafik yang membawa pulangan. Bila kita tahu mana satu sumber yang membawa hasil, kita boleh fokus pada sumber itu untuk mendapatkan pulangan lebih banyak.

Bagaimanapun, Google Analytics tidak dapat track performance iklan anda secara specifik sekiranya anda tidak menggunakan UTM.

UTM (Urchin Tracking Model) ialah sebuah tool bagi membezakan link-link yang anda gunakan ke website anda.

Analisis Iklan Facebook: Track Performance Iklan Facebook Dalam Google Analytics

Ini adalah langkah bagaimana anda boleh track performance Facebook Ads menggunakan Google Analytics

1. Menggunakan URL Builder

Pertama sekali anda perlu mendapatkan UTM code terlebih dahulu. Pergi ke Google URL Builder (https://ga-dev-tools.appspot.com/campaign-url-builder/). Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah.

url builder facebook ads analisis

2. Cipta parameter

Isi ruangan kosong. Di bawah ini adalah garis panduan bagi membantu anda.

a) Website URL: Apa link URL website anda

b) Campaign Source: Apa sumber trafik? Dalam kes ini, anda menggunakan Facebook, jadi isi Facebook di ruangan ini.

c) Campaign Medium: Apa medium yang anda gunakan? Dalam kes ini, anda menggunakan medium berbayar, jadi isi cpc (charged per click) dalam ruangan tersebut.

d) Campaign Name: Letak nama kempen anda dalam ruangan ini.

e) Campaign Term:  Di ruangan ini, anda boleh letakkan apa-apa nama bagi membezakan adset dalam satu kempen. Sebagai contoh, adset 1, adset 2.

f) Campaign Content: Dalam ruangan ini anda boleh bezakan mengikut iklan pula kalau dalam satu adset ada lebih daripada satu iklan.

url builder isi ruangan kosong

3. URL baru atau UTM code dihasilkan secara automatik. Copy URL tersebut dan paste pada ruangan website URL semasa membuat iklan.

website destination

4. Baca data di Google Analytics

a)Buka Google Analytics.

b)Pergi ke bahagian Acquisition

acquisition

c) Pergi ke bahagian All Traffic

all traffic

d) Pergi ke bahagian Source/Medium

source

e) Pada bahagian Primary Dimension, pilih parameter yang anda nak track di pautan Other dan pilih Acquisition. Daripada sini anda boleh buat analisa iklan Facebook anda.

Kesimpulan

Inilah langkah mudah untuk anda boleh analisa iklan Facebook menggunakan Google Analytics. Rugi kalau anda tidak mula menggunakan Google Analytics daripada sekarang.