fbpx

Pada tahun 2016, saya diberi peluang oleh Allah untuk datang menunaikan ibadah Umrah buat kali pertama & menziarahi Mekah & Madinah. Itu pun ayah yang sponsor hehe.

Saya ni memang minat dalam bisnes, khususnya dalam bidang marketing. Seperti usahawan yang lain, ke mana saja kami pergi dan lihat, kami akan memikirkannya dari sudut bisnes, dan apa yang boleh kita ambil darinya.

Saya sangat tertarik dengan bisnes offline yang mereka buat. Bisnes online saya tak tau lah mereka ada buat ke tak, sebab nak susbcribe internet sana punyalah mahal. Tapi saya tau je beberapa mamat arab yang jadi international internet marketer. Tapi takpe itu tolak tepi sekejap.

Sooo, saya pun nak berkongsilah apa yang saya belajar dari sana, agar anda dan saya juga boleh praktiskan pada bisnes sendiri.

Kebanyakan kedai yang saya pergi, saya perhatikan mereka memang betul-betul pegang dengan Seni Menjual yang Agung, iaitu :

LIKE –> KNOW –> TRUST

Anda mungkin pernah dengar banyak kali, dan mungkin dah bosan dengar. Tapi meh saya kupas dari pengalaman deal dengan peniaga arab camna.

LIKE / SUKA

Sebelum menjual apa-apa pun, kita mesti buat prospek kita suka pada kita dahulu. Kalau awal-awal tengok dah menyampah, memang tak lah nak beli, kan?

So bagaimana nak buat prospek mula suka kita pada awal-awal?

Apa yang peniaga arab ni buat?

  1. Senyum dengan manisss, kalah senyuman abangla di Malaysia

  2. Pandang mata U sambil sambung senyum

  3. Panggil dengan panggilan yang selesa seperti Tuan, Abang, Akak,

  4. Yang PENTING –> Mereka akan usaha cakap BAHASA MELAYU.

Korang perasan tak, bila ada mat saleh atau pak arab boleh cakap melayu, korang akan teruja sekejap. Sebab jarang kita tengok, bila dapat, kita rasa excited terlebey dan nak dengar lagi. Kita dah mula suka, dah mula LIKE.

Maksudnya, bila penjual pak arab ni buka mulut je, kita dah mula LIKE.

Dia dah mula grab your attention. “Eh, pak arab ni cakap melayu”.

Dan mereka faham, orang-orang Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura lebih selesa berurusan jika mereka boleh cakap bahasa melayu.

Dan bagusnya mereka ni, mereka juga faham siapa “perfect audience” mereka. Mereka kenal pembeli paling banyak dan mudah convert ialah dari negara-negara Asia ni. Mereka akan berusaha kaw-kaw untuk belajar bahasa melayu dari zero.

“Bahasa Melayu senang, belajar 3 bulan saja~” – kata pak arab jual minyak wangi tu, sambil tersengih-sengih. Ciss. aku nak belajar bahasa arab pun bertahun-tahun pun tak dapat lagi haha.

Dan lagi best, ada satu kedai ni, sebelum korang masuk lagi, dari jauh korang akan nampak “sign”, dia letak bendera Malaysia & Indonesia, tulis selamat datang, jemput masuk.

Logo 1 Malaysia takleh tahan tu.

Gabungan signboard ni akan buat kau ‘welcoming’, macam VIP pulak.

KNOW / KENAL

Okeh bila bakal pembeli dan LIKE, dah suka pak arab cakap melayu ni, kita pun rasa selesa nak masuk kedai belek-belek barang.

Kat sana aku tah kenapa suka sangat nak beli jubah. Tak kisahlah untuk aku dan untuk orang lain. Banyak juga jubah aku survey, murah-murah seyh. Orangg duk jual kat Malaysia 2-3 kali ganda mahal.

Bila kita sedang pilih-pilih jubah, mereka akan cuba untuk “engage” dengan lebih dalam. Mereka cuba nak faham kita, nak “KNOW” kita. (pelik pulak bunyinya.. know kita)

“Dari mana tuan?” “Ohh dari malaysia, dari Kuala Lumbur?”

Bila tengok aku usha jubah perempuan dia tanya.. “Beli untuk isteri? Ini cantik, hari eidulfitri”

Aku ni pulak jenis tak tau bajet size jubah isteri, sudah-sudah aku bagi gambar untuk dia bajet tinggi, size apa sesuai.

Ok ini menarik. Beberapa kedai, mereka memang boleh agak dengan tepat size baju hanya dengan tengok gambar atau umur. Aku beli jubah untuk kanak-kanak 2 dan 3 tahun. Mereka boleh bagi size dengan tepat.

TRUST / PERCAYA

“People buy from people they trust, and they trust people they like” – Garrison Wynn

“Orang beli dari orang yang mereka percaya, dan mereka percaya orang yang mereka suka”

Yup, kita akhirnya membeli kerana kita percaya dengan penjual.

Bagaimanakah proses nak buat mereka percaya pada kita?

Banyak, antaranya ialah kredibiliti, ilmu pengetahuan yang dikongsikan dan lain-lain.

Contoh dari pak arab ni camni, kat otak aku dan kebanyakan malaysian akan anggap jubah Brand Haramain ialah jubah  yang paling famous, berkualiti dan dicari-cari.

Ada yang tak jual baju brand ni, tapi dia jual baju brand lain yang sama kualitinya dan designnya.

Malah dia cerita kat aku, yang asalnya brand Haramain ni 1 brand sahaja, bila sudah gaduh-gaduh, dia pecah kepada 3 brand besar. Haramain dan 2 lagi tah apa namanya.

Dan bersungguh-sungguh kata brand lain pun bagus, dia suruh pegang kain, tengok design, kotak eksklusif.

Sebenarnya, dengan memberikan tips dan info berguna, kredibiliti seseorang boleh menaik dengan ‘instant’. Anda kongsikan ilmu pengetahuan anda tentang produk/niche anda untuk menambah nilai dan mencerdikkan prospek anda. (Jangan sampai dia rasa meluat sudah)

Bila kredibiliti naik, kita mula percaya. Kepercayan itu dibina dan terbina selepas melalui fasa LIKE & KNOW.

Jadi bagaimana anda?

Pak Arab boleh buat, anda pun mesti boleh buat kan?

Selamat belajar & jangan lupakan kongsikan kisah ini pada rakan-rakan bisnes anda. 🙂