fbpx

Adakah anda salah seorang yang nak berhenti kerja untuk berniaga? Jangan risau, anda bukan keseorangan. Ramai sebenarnya yang macam anda. Atas sebab yang pelbagai, dan ada beberapa persamaan.

 

berhenti kerja untuk berniaga

Sudah bersedia berhenti kerja untuk berniaga?

 

Ada yang berjaya, pendapatan 3 kali ganda dari gaji. Untung bisnes tiada had atau limit seperti gaji bekerja. Anda pun tiba-tiba naik semangat untuk hantar surat “berhenti kerja”.

 

Namun, tak dinafikan, ramai juga yang langgar dinding, modal berniaga yang dikumpul dari duit gaji selama bertahun-tahun – hangus terbakar. Biasalah kan, tiada bisnes yang tiada risiko. Anda pun berfikir beratus kali, nak berhenti kerja untuk berniaga ke tidak.

 

Baiklah, saya cuba untuk berkongsi benda kritikal yang anda perlu lakukan sebelum membuat keputusan muktamad untul berhenti kerja dan berniaga full-time. Nasihat ini saya kutip dari mentor bisnes saya, dan juga berdasarkan pengalaman orang lain.

 

1. Buat Simpanan Berdisiplin Dari Gaji Anda

Anda kena menghadapi realiti, full-time bisnes sangat bergantung kepada usaha anda. Rasa tawakkal (perasaan berserah dan mengharap pada Tuhan Pemberi Rezeki) anda akan lebih tinggi, kerana anda tidak lagi selesa menunggu gaji hujung bulan. Jika makan gaji, usaha 50% atau 100%, anda tetap dapat gaji hujung bulan.

 

berhenti kerja untuk bisnes

Simpan duit cukup-cukup sebelum berhenti kerja untuk bisnes.

 

Bila anda berbisnes, realitinya ada naik dan turun. Apatah lagi, masa awal-awal bermula bisnes. Untuk mental anda betul-betul bersedia, anda perlu bayangkan, anda bakal tiada ada gaji selama 6 bulan.

 

Jadi, disarankan anda untuk membuat simpanan 12 bulan gaji. Jika gaji anda RM2000 sebulan, dinasihatkan untuk anda kumpul RM2000 x 12 = RM24,000. (atau juga nak lebih selamat, 24 bulan gaji). Ini penting sebagai back-up plan anda, kerana jika bisnes anda tidak menjadi, atau musibah menimpa, anda masih punyai masa dan kewangan sementara mencari kerja baru atau memulakan bisnes yang lain pula.

 

 

2. Niat, Visi, Misi, Objektif Biar Jelas.

Luruskan balik niat. Lihat balik apa sebab-sebab utama anda nak BERHENTI KERJA UNTUK BISNES. Bukan kerana nak berlagak atau supaya anda boleh cakap dengan rakan anda:

“Aku dah pecat bos aku!”

Bukan, bukan sebab itu.

Anda ingin mengubah kehidupan anda, untuk mencapai tahap yang lebih baik.

 

berhenti kerja untuk berniaga

Bertindak Sekarang : Ambil sebatang pen dan sehelai kertas A4. (bukan ofis punya okay)
Senaraikan sebab-sebab utama kenapa anda nak berhenti kerja.

Kemudian, senaraikan apa visi, misi dan objektif bisnes yang anda nak run ni?

Adakah semata aktiviti cari duit? Nak buat produk sendiri? Nak ada syarikat yang berjaya?
Apa yang anda nak untuk bisnes anda 5 tahun akan datang?

Percayalah, selagi anda tak tulis dan lihat dengan kepala sendiri, anda akan blur di saat anda cuba memulakan bisnes nanti.

 

3. Berhenti Kerja, Baru Mula Bisnes – Bahaya!

Ini kisah benar dari mentor bisnes saya sendiri.

Seorang pegawai bank yang telah bekerja selama 30 tahun, dalam keadaan tidak berapa suka dengan bos dia. Tapi nak buat bagaimana, sabar je lah kan. Akhirnya, dia berhenti kerja dan mempunyai simpanan sebanyak RM200,000. Modal itu digunakan untuk membuka restoran. Sayang, bisnes restoran merudum dan kurang berjaya. RM200k tu? Burn.

 

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah benar ini, namun saya fokuskan, buat bisnes part-time dahulu. Ambil pengalaman dan lihat bagaimana anda uruskan masa, marketing, ambil stok, pos barang. Orang kampung saya panggil “ambil feel” dulu.

 

Jika sudah sampai masa anda berhenti kerja nanti, anda teruskan sahaja apa yang anda telah buat. Malah mungkin anda sudah tersusun strategi bila anda ada masa lebih untuk full-time bisnes nanti.

4. Ambil Cuti Sebelum Berhenti

Eh kenapa pula? Aku nak berhenti kerja untuk berniaga, kenapa nak ambil cuti pula? Haaa, relaks. Anda kena lihat semua jenis outcome possibilities.

Awal-awal, ambil cuti dengan gaji, lepas tu ambil cuti panjang sikit, tanpa gaji. Supaya anda ada peluang untuk fokus 100% pada bisnes. Bayangkan anda ‘dah berhenti kerja’.

Kita akan nampak, bagaimana perkembangan bisnes kita selepas kita habis cuti. Masa kita part-time, bagaimana perkembangannya. Masa kita ala-ala fulltime (dengan ambil cuti), bagaimana perkembangannya. Sama atau berbeza?

Kadang-kadang, ada yang bila buat fulltime, bisnes dia makin merudum. Pelik kan? Ada juga yang tiada perubahan.

Jika, bila anda cuba buat fulltime (dengan ambil cuti), bisnes makin maju, maka ia petanda yang baik.

 

 

5. Cari Mentor & Belajar Ilmu Bisnes Yang Sesuai Dengan Situasi Anda

Shortcut dalam bisnes ialah mendapat mentor atau guru bisnes. Mereka ni dah bertahun-tahun naik dan jatuh, dah macam-macam jalan, long cut, short cut, semua mereka dah bereksperimen. Kita dapat potong masa eksperimen sendiri, dan belajar terus dari hasil yang mereka hempas pulas dah dapat.

Jika selepas belajar, anda ikut, dan anda gagal, itulah pengalaman yang akan mengajar anda.

Realiti orang berbisnes, mereka akan nampak sangat banyak peluang nanti.

Wah, cara ni boleh buat duit 4 angka. Wah cara ni boleh buat duit sambil goyang kaki. Wah, mamat ni buat 6 angka, apa dia buat tu?

Saya ulang sekali lagi, anda akan tersilau dengan banyak peluang. Dengan berguru, bisnes anda lebih fokus. Jika tidak, kita buat ini, kita buat itu. Akhirnya, apa pun tak dapat. Bazir masa saja.

Setiap kali kita ada masa luang, mungkin setiap hari luangkan 30minit ke 60minit untuk belajar bisnes dengan pembacaan atau tonton video di youtube.

Hujung minggu, ambil peluang untuk hadir mana-mana seminar bisnes yang berkaitan dan sesuai dengan situasi dan kefahaman anda sekarang. Pergi yang percuma dan berbayar jika berbaloi. Jangan takut buat pelaburan ilmu. Lebih baik melabur untuk yuran kepandaian dari membayar cukai kebodohan kelak.

cari mentor bisnes sebelum berheni kerja untuk berniaga

Sesi group coaching bersama mentor bisnes saya, Tuan Faisal Abdullah.

 

Tips Bonus : Bagaimana Anda Nak Bermula Sekarang?

Katalah, anda sekarang memang sudah pasang niat berhenti kerja untuk berniaga. Tapi, anda lost, blur dan confused.

  • Anda tak tahu nak bermula dari mana.
  • Apa langkah pertama yang perlu diambil?
  • Apa peluang perniagaan yang patut aku pilih?
  • Mungkin produk ada, tapi ilmu pemasaran tiada.
  • Atau mungkin anda pernah cuba-cuba ikut cara orang untuk meniaga secara online, buat affiliate, tapi tak jadi. Mungkin tak kena cara.

 

Atau anda takut nak bermula. Antara masalah atau penghalang :

  • Saya tiada modal lah, nak bisnes kena ada modal banyak
  • Ssaya tiada ilmu bisnes, tak pandai nak pasarkan produk.
  • Saya tiada produk.

 

Mari saya bantu “push” anda agar anda berani mengambil langkah pertama. Atau jika anda sudah sesat setelah ambil langkah pertama, biar saya bantu “push” anda lagi untuk langkah kedua.

 

Saya ada hasilkan satu panduan, khas untuk orang yang nak memulakan perniagaan internet dari kosong secara part-time, walaupun tanpa modal, tanpa kedai.

Kenapa perniagaan internet? Kerana ia adalah latihan paling mudah, menjimatkan masa, boleh buat di mana-mana, janji ada internet dan laptop/smartphone.

 

BONUS : Anda akan belajar “Teknik 5 Gear Bisnes – Membina Bisnes Dengan Batu Bata Asas Yang Kukuh.”

Teknik ini akan diajar secara bersiri, di dalam emel anda, secara berperingkat. Jangan lupa cek emel selalu ya. 🙂

Teknik 5 Gear Bisnes - Membantu Anda Berhenti Kerja Untuk Berniaga

Untuk dapatkan dua offer ini, tuliskan Nama Panggilan anda dan Emel Anda Yang Utama, kerana link download akan diberikan di emel anda.

 

 

p/s – Anda perlu memuat turun panduan langkah demi langkah ini secepat mungkin, selagi ia masih percuma dan selagi download link masih available.

Jumpa anda di emel. 🙂