fbpx

Secara normal, kebanyakan pemain FB Ads suka berjalan. “Apa kebenda FB Ads, pecut atau berjalan ni?” “Aku tak tahu lak orang main FB Ads boleh berjalan, boleh berlari.”Mesti anda terfikir macam ni kan? Secara jujurnya, saya pun suka berjalan. Tapi, saya akan pecut apabila perlu sahaja. Apa yang saya maksudkan dengan berlari dan berjalan ialah tentang Facebook Ads Delivery.

Facebook Ads Delivery

Facebook Ads Delivery Type ialah ruangan yang anda perlu isi di bahagian adset. Ianya menentukan bagaimana anda nak iklan anda disiarkan. Di bahagian Facebook Ads Delivery Type, ada 2 pilihan sahaja yang ada iaitu standard dan accelerated.

1. Setting Standard delivery type ialah setting di mana Facebook akan menggunakan bajet iklan secara sama rata pada satu hari. Ianya adalah pilihan default untuk bahagian Facebook Delivery Type.

facebook ads delivery

2. Setting Accelerated pula ialah setting di mana Facebook akan menghabiskan bajet iklan anda secepat mungkin dengan menyiarkan iklan ke seramai orang yang boleh mengikut bajet anda.

facebook ads delivery accelerated

Antara scenario yang boleh anda guna untuk setting accelerated ialah

1. Apabila anda ada flash sale yang mana sale tersebut hanya berlangsung selama 2 jam..

2. Anda buat video live dan anda nak mencapai capaian seramai yang boleh untuk video live tersebut.

Untuk setting accelerated, anda diwajibkan untuk menggunakan manual bidding iaitu anda yang tentukan berapa kos paling maksimum yang anda sanggup spend supaya iklan dapat disasarkan kepada seseorang.

Untuk manual bidding, ada beberapa syarat:

1. Relevance score adalah 7 atau ke atas.

2. Letak bid lebih tinggi daripada disyorkan Facebook.

3. Iklan telah menerima banyak likes, comments dan shares.

Case Study

Saya nak share case study saya menggunakan setting accelerated.

  1. Pada awalnya, saya run iklan video menggunakan standard delivery.
  2. Setelah beberapa hari, berpandukan data di ads manager, saya mendapati ramai yang meninggalkan komen pada waktu tengah hari tetapi pada waktu lain hanya sedikit sahaja.
  3. Saya pun menggunakan setting accelerated yang bemula pada waktu tengah hari sahaja.
  4. Hasilnya, saya dapat lebih banyak leads dengan kos lebih rendah. Malah, saya pernah dapat leads serendah RM2.00 untuk produk kesihatan.

Anda boleh cuba tukar setting ni sekiranya bersesuaian. Cadangan saya, gunakan bajet rendah terlebih dahulu.