fbpx

Terdapat pelbagai platform media social yang dibangunkan pada hari ini untuk memenuhi citarasa para pengguna yang berbeza umur, pekerjaan dan sebagainya.

Jadi dengan kebanyakkan medium media social ini menjadikan setiap satunya mempunyai golongan pengguna aktif yang berbeza-beza.

Sebagai peniaga yang menggunakan platform online, anda perlu ambil kira jika produk anda selayaknya dipasarkan di facebook, Instagram atau lain-lain.

Dalam artikel kali ini saya akan kupaskan beberapa fakta tentang facebook dan Instagram untuk anda ketahui jika anda menggunakan medium yang betul untuk pasarkan produk anda.

Jom!

Sebelum kita pergi lebih jauh, siapakah sasaran pelanggan anda:

  • Siapakah yang anda tuju untuk beli produk anda?
  • Apakah jantina mereka?
  • Berapa umur mereka?
  • Apakah pekerjaan mereka?
  • Berapakah gaji untuk yang sesuai untuk miliki produk anda?

Dan lain-lain lagi. Sebagai seorang peniaga, anda mesti tahu kepada siapa produk anda akan dijual secara spesifik.

Dari situ lebih mudah untuk kenal pasti platform media social manakah yang sesuai untuk perniagaan anda.

Kerana setiap media sosial memiliki ciri pengguna yang berbeza.

Data di bawah adalah statistic pengguna facebook dan Instagram di Malaysia.

 

Facebook

Dengan 2 billion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia, menjadikan Facebook sebagai sosial media yang paling ramai jumlah penggunanya berbading platform social media yang lain.

Untuk jumlah pengguna facebook di Malaysia pula, jumlahnya mencapai 2 juta orang pengguna aktif setiap bulan dengan 56% pengguna lelaki dan 44% pengguna wanita.

Selain itu, pengguna berumur antara 25 hingga 34 adalah yang paling ramai.

Anda dah dapat data yang diperlukan untuk yakinkan diri anda bahawa produk anda boleh terjual di kalangan pengguna facebook?

Moga terjawab persoalan anda itu.

 

Kenapa facebook?

Ramai peniaga mula menyasarkan perniagaan mereka di dalam facebook. Lebih-lebih lagi facebook mempunyai sistem iklan yang sangat effisyen untuk para peniaga mengikut keperluan masing-masing.

Tetapi disebabkan lambakan iklan juga membuatkan peggunanya mula meluat. Anda harus tahu bahawa semua ini adalah medium untuk orang bersosial, bukan untuk menjual.

Dalam facebook juga mempunyai fungsi like pada page, walaupun mereka sudah like kepada page anda dan peniaga lain, para pengguna turut akan melihat iklan yang muncul pada newfeed mereka samada iklan berbayar atau iklan pada group tertentu.

Disebabkan itu ramai pengguna mula berhijrah kepada Instagram, terutamanya golongan muda belia.

Tetapi jika kriteria pelanggan anda berada di facebook anda boleh teruskan di facebook.

 

Apa pula kelebihan pemasaran di Instagram?

 

Teruskan membaca untuk tahu jawapannya.

 

Instagram

Pengguna Instagram di seluruh dunia terdiri dari 500 juta pengguna setiap bulan. Jauh berbeza dengan jumlah pengguna facebook kan.

Bagi pengguna aktif di Malaysia pula terdiri daripada 9.2 juta yang terdiri daripada 48% lelaki dan 52% wanita.

Manakala pengguna berumur 18 hingga 24 tahun adalah yang tertinggi di Instagram. Anda dapat sesuatu dari perbezaan data ini?

Perbezaan newfeed Instagram dan facebook

Apakah perbezaan newfeed dua social media ini? Bezanya adalah pada kekerapan iklan muncul pada newfeed penggunanya.

Facebook dipenuhi dengan iklan pada atas, bawah, dan kanan newfeed. Kekerapan iklan muncul juga sangat kerap. Walaupun mereka sudah follow atau like page yang diminati, iklan tadi juga akan terus mengalihkan perhatian mereka.

Ini berbeza dengan Instagram, mereka hanya melihat posting yang keluar pada newfeed berdasarkan akaun yang mereka follow sahaja.

Contohnya, mereka Cuma followe akaun-akaun Instagram yang menjual kasut, jadi iklan tudung, iklan ubat kurus dan seangkatannya tidak akan muncul pada newfeed mereka.

Selain itu, kekerapan iklan muncul pada newsfeed Instagram juga masih rendah jika dibandingkan dengan facebook.

 

Kenapa Instagram?

Asasnya, Instagram merupakan satu pkatform media social yang menyasarkan pengguna yang suka berkongsi post beserta gambar atau video pendek. Jadi ia sesuai untuk peniaga memasarkan produk di Instagram dengan menyediakan bahan posting(gambar/video) yang berkualiti dan menarik perhatian. Instagram juga membantu anda untuk mengembangkan jenama perniagaan dan produk anda kerana,

  • Banyak orang sudah mula menggunakan Instagram
  • Jumlah pengguna aktif semakin bertambah hari demi hari
  • Mudah untuk digunakan kerana tidak banyak fungsi yang sukar untuk digunakan.
  • Menjadi lubuk baru untuk sasaran pelanggan anda kerana ada setengahnya sudah kurang menggunakan facebook sebagai media social harian.
  • Instagram boleh digunakan secara percuma, manfaatkan lah ya.

 

Sekian itu saja perkongsian saya pada artikel kali ini. Moga anda dapat sesuatu dan boleh digunakan untuk kembangkan bisnes online anda.

Jika artikel ini membantu anda, jom sharekan pada orang lain agar lebih ramai orang boleh dapat manfaatnya.

Selamat Berniaga!