fbpx

Gelombang bisnes online 2019 semakin terasa oleh kerana kepesatan teknologi dan seruan kerajaan yang banyak menggalakkan orang ramai untuk mulakan bisnes online.

Lebih-lebih lagi dengan perlantikan Jack Ma (pengasas Alibaba) sebagai Penasihat Digital negara menampakkan lagi alur kepesatan dunia online di Malaysia.

Sebagai seorang pemula bisnes online atau anda yang memilih untuk mulakan bisnes online tanpa modal adalah digalakkan untuk bermula dengan dropship.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan beberapa supplier atau dropshipper dalam dan luar negara yang anda boleh pilih.

Bagi supplier luar negara kebanyakkan dating dari China. Oleh itu, ia mengambil masa panjang sedikit sebelum pelanggan menerima barang berbanding gunakan supplier lokal.

Dari segi harga pula, supplier dari luar lebih murah berbanding supplier local. Setiap dari supplier ini ada kelebihan dan kekurangan.

Sekarang semuanya terpulang pada anda untuk memilih.

Selamat membaca.

Berikut adalah antara supplier yang boleh digunakan untuk bisnes dropship anda.
Pembekal Luar Negara

Taobao

Merupakan antara laman jual beli online yang terkenal di China. Harganya yang murah walaupun anda hanya membeli satu unit kerana Taobao tidak ada Minimun Order Quantity (MOQ) seperti kebanyakkan laman ecommerce lain.

Aliexpress

Jika membeli di Aliexpress, harganya agak mahal untuk satu unit kerana mereka ada meletakkan MOQ untuk mendapatkan harga borong.

Alibaba.com

Sama seperti Aliexpress, kebanyakkan supplier di Alibaba turut meletakkan MOQ untuk mendapatkan harga yang lebih murah berbanding membeli satu unit sahaja. Platform ini sesuai untuk mereka yang ingin membeli secara pukal.

Dhgate

Di platform ini ada pelbagai supplier yang menawarkan produk seperti platform yang lain. Supplier turut meletakkan MOQ mengikut produk. Ada yang tidak meletakkan minum order dan sebagainya.

Pembekal Lokal

Lelong.com.my

Platform online yang tidak asing lagi buat kita iaitu lelong.my dimana ada pelbagai barang yang dijual disini.  Cuma peniaga di lelong.my kebanyakkan menyasarkan kepada pelanggan akhir.

Jadi anda perlu bertanya kepada supplier tersebut terlebih dahulu untuk menjadi agen dropship mereka dan mendapat harga murah untuk produk yang mereka tawarkan.

TheOneMall

Server yang terletak di Malaysia ini menawarkan produk dari China tapi dengan harga yang agak tinggi sedikit berbanding anda dapatkan terus dari website supplier China.

majalah.com

Di sini ada pelbagai produk dan pembekal yang anda boleh hubungi untuk menjadi agen dropship mereka.

Tidak seperti pembekal di atas, di majalah.com anda perlu menghubungi supplier produk yang anda kehendaki kerana mereka tidak menggunakan platform website seperti yang lain.

Jadi anda tidak boleh melihat produk dan barang secara detail melainkan hubungi pembekalnya dahulu kerana mereka hanya memberikan description produk.

Di atas adalah antara supplier yang saya kongsikan untuk memudahkan anda kenal pasti supplier untuk bisnes dropship anda.

Setiap dari supplier yang berbeza platform ada pros and cons sendiri.

Kelebihannya ialah:

  • Harga yang jauh lebih rendah dari supplier lokal.
  • Pelbagai pilihan produk

Bagi yang memilih supplier luar negara, antara kelemahannya ialah:

  • Website yang kebanyakkan menggunakan bahasa cina
  • Nilai matawang yang berbeza
  • Masa penghantaran yang panjang dan biasanya mengambil masa lebih seminggu untuk sampai.
  • Tidak tahu kualiti barang lebih-lebih lagi jika membeli secara pukal.

Bagi supplier lokal pula, kelebihannya ialah:

  • Gunakan matawang yang sama.
  • Masa penghantran yang singkat.
  • Mudah berurusan sekiranya ada masalah.
  • Website meggunakan bahasa melayu atau English lebih mudah difahami

Kelemahan gunakan supplier lokal ialah:

  • Harga yang agak tinggi berbanding supplier China.

Saya tidak nafikan bahawa supplier luar terutamanya dari China dapat menawarkan harga yang renda berbading supplier tempatan serta pilihan produk yang pelbagai.

Tetapi saya menyarankan kepada anda yang baru bermula untuk bisnes dropship untuk memilih supplier lokal kerana ia lebih kurang berisiko dan lebih mudah untuk berurusan sekiranya terdapat masalah dengan produk.

Terdapat pelbagai kemudahan lain sekiranya anda menggunakan pembekal tempatan yang menjadikan ia pilihan untuk mereka yang baru bermula untuk bisnes dropship secara online.

Harap artikel ini dapat membantu anda dalam pemilihan supplier untuk bisnes dropship anda. Sila share artikel ini supaya lebih ramai mendapat manfaatnya.

Selamat Berniaga!