fbpx

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk jana income secara online pada masa kini. Yelah gajet pun makin lama makin canggih.

Ada smartphone dan internet saja pun dah boleh buat duit.

Senang kan?

Dalam artikel ini saya akan kongsikan bagaimana untuk anda mulakan bisnes secara online.

Yang paling best, anda tak perlu keluarkan sebarang modal awal pon.

Macam mana caranya?

Jawapannya adalah dengan menggunakan bisnes model secara DROPSHIP.

Nak tahu lebih lanjut?

Pastikan anda baca sampai habis dan terus gunakan ilmu ni ya.

Jom mula!

Apa Itu Bisnes Dropship?

bisnes dropship

Secara ringkasnya, bisnes dropship ialah satu jenis perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk menguruskan stok, membuat penghantaran dan senang kata tak perlu nak fikir segala urusan yang berkaitan dengan barang secara lansung.

Semua itu akan diuruskan oleh pihak pengeluar, pihak ketiga atau dropshipper (pembekal) yang memberikan perkhidmatan tersebut.

Dalam konsep bisnes dropship ini, anda akan menerima tempahan dan bayaran daripada pelanggan.

Selepas itu, anda akan membuat tempahan dan bayaran kepada pihak dropshipper pula dan mereka akan membuat penghantaran barang terus ke pelanggan anda.

Simple kan?

Sebab itu ramai golongan yang sibuk seperti pelajar, pekerja yang nak buat side income dan suri rumah juga sering memilih bisnes online secara dropship dimana mereka boleh jana duit tanpa perlu tinggalkan komitmen utama mereka.

Sekarang kita akan masuk bahagian yang penting untuk mulakan bisnes online secara dropship ni.

Jom hadam!

Market Research 

bisnes dropship

Untuk mulakan bisnes dropship dan bisnes online lain sekalipun, market research(kajian pasaran) ini ialah langkah pertama untuk anda kenal pasti produk yang anda akan jual ada permintaan atau tidak.

Mesti dalam kepala anda semua sudah terlintas produk apa yang nak dijual sejak dari mula awal membaca tadi kan?

Bagus bagi yang dah tahu, bagi yang masih tertanya saya akan berikan tips untuk cari produk.

Tips cara pantas pilih produk:

  • Hobi dan minat

Kebanyakkan orang mempunyai hobi, jadi antara cara untuk memilih produk ialah yang berkaitan dengan hobi dan minat anda.

  • Produk trending

Produk trending ialah produk yang mendapat permintaan tinggi pada masa tertentu saja. Habis musim, sepi lah produk tersebut dari pasaran.

  • Produk evergreen

Bagi produk yang sentiasa ada permintaan (evergreen) pula, jualannya mungkin tak sekencang seperti produk trending.

Tapi jualannya lebih stabil kerana sentiasa ada orang yang perlukan produk tersebut kerana ia tidak bermusim.

Okay dah dapat produk kan?

Sekarang saya akan kongsikan cara untuk ketahui jika produk tersebut ada permintaan atau tidak. Antaranya anda boleh gunakan Google Trend, bertanya dalam group facebook, bertanya dalam forum dan banyak lagi.

Untuk gunakan GoogleTrend anda tidak perlu bayar atau daftar apa-apa pun, ia tools percuma yang ditawarkan oleh Google. Manfaatkan okay.

Untuk data dalam group forum dan sebagainya, anda boleh lihat feedback orang terhadap produk tersebut. Jika ramai yang mahukan bermakna anda boleh teruskan untuk menjual produk tersebut.

Jom selongkar lagi!

Kenal Pasti Produk Yang Nak Dijual 

Sekarang mesti dah ada banyak produk yang anda pilih kan? Dah buat research sekali lah harapnya. Jadi, anda sudah miliki data yang boleh membantu anda buat pilihan nak jual apa untuk bisnes dropship ni.

Okay sekarang fasa kita akan pilih produk yang boleh dijual berdasarkan permintaan yang anda telah research dalam step pertama tadi.

Data dari google trend dan sebagainya. Jadi pilih produk yang paling banyak mendapat permintaan.

Kalau anda dah tahu dengan harga produk sekali lagi bagus, anda boleh pilih produk yang margin tinggi. Berbaloi la sikit bila menjual produk yang untung pun tinggi kan.

Okay dah selesai narrow down list produk anda?

Kita akan pergi ke bahagian seterusnya untuk cari supplier atau dropshipper produk tersebut pula.

Let’s go!

Pemilihan Pembekal Bisnes Dropship

bisnes dropship
Kredit gambar: www.oberlo.com

Sekarang produk dah ada, tapi mana nak dapatkan produk tersebut? Fasa ini lah saya akan kongsi bagaimana mendapatkan dropshipper(pembekal) produk yang anda nak jual tu.

Jom kita gali ilmu lagi.

Perkara yang perlu diselidik untuk mencari dropshipper atau supplier

Untuk memastikan anda mendapat trusted dropshipper dengan servis yang baik, sila pastikan anda telah menyelidik beberapa perkara ini dahulu sebelum menjadikan mereka dropshipper anda.

  • Background dropshipper
  • Masa diambil setiap penghantaran
  • Polisi dropshipper untuk pemulangan, kerosakkan dan sebagainya

Okay sekarang anda dah tahu apa perkara yang nak diperhatikan untuk memilih dropshipper anda.

Tapi dekat mana nak cari dropshipper atau pembekal ni?

Baik sekarang saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk mencari dropshipper melalui beberapa cara.

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk anda mencari pembekal atau dropshipper untuk setiap produk.

Antaranya ialah:

  • Google

Anda boleh gunakan enjin carian Google sebagai tempat untuk mecari dropshipper produk yang anda kehendaki.

Cuma gunakan perkataan seperti ini di ruangan search:

  • Dropship kasut Malaysia
  • Bisnes dropship baju
  • Agen dropship Malaysia
  • Noufa Beauty (letak nama produk pun boleh)

Dan banyak lagi. Masukkan nama produk yang anda kehendaki dan banyak website yang akan menawarkan produk tersebut untuk anda.

  • Media sosial

Medium media sosial juga boleh digunakan untuk anda mencari pembekal produk. Antaranya anda boleh cari di Facebook dan Instagram.

Cara untuk mencari dropshipper di media sosial lebih kurang sama juga seperti anda buat carian di Google.

Yang penting jangan lupa selidik dulu pembekal tersebut sebelum terus menjadi agen dropship mereka.

Faham ke faham?

Tak faham kasi faham juga. Haha.

Sekarang kita pergi ke langkah seterusnya dimana saya akan bongkarkan platform(tempat) yang anda boleh gunakan untuk menjual produk anda.

Let’s do this!

Platform Menjual 

Kita dah masuk langkah sterusnya untuk mula bisnes dropship ni. Yang dimaksudkan dengan platform menjual ialah tempat yang anda boleh gunakan untuk promosikan produk dropship tersebut.

Ibarat kedai, tempat untuk anda menjual tetapi kali ini anda hanya lakukan bisnes online dari rumah saja.

Best kan?

Antara platform yang saya akan fokuskan ialah Facebook dan Instagram. Tapi masih banyak saja lagi platform online lain yang boleh digunakan seperti Wechat, Blog, Whatsapp dan sebagainya. Cuma dalam artikel kali ini saya fokus pada dua platform tersebut dahulu.

Yang penting, anda kena kenal siapa sasaran pelanggan anda.

  • Siapa orang yang anda target untuk membeli produk anda?
  • Apakah jantina mereka?
  • Berapa umur mereka?
  • Apakah pekerjaan mereka?

Maklumat di atas ni akan membantu anda untuk next part, iaitu marketing.

Marketing Untuk Bisnes Dropship

Marketing ialah cara untuk anda beritahu kepada orang ramai tentang kewujudan produk anda. Sebaik mana pun produk kita kalau orang tak tahu tetap tak guna juga kan? Jadi inilah tugas utama marketing.

Dalam bahagian ini saya akan kupaskan beberapa cara dan tips untuk promosikan produk bisnes dropship anda.

Apa yang penting disini ialah konsisten. Jika macam biskut je posting kita, kejap ada kejap hilang orang nak percaya pun susah kan?

Jadi perkara utama yang harus diterapkan ialah konsisten dalam lakukan pemasaran produk anda.

Anda dah pilih kan platform online mana nak guna?

Sekarang kita akan gunakan medium media sosial tersebut sebagai tempat untuk kita buat marketing.

Untuk kali pertama ini, kita pakai free cost marketing saja, sebab saya menekankan mula dengan bisnes tanpa modal dahulu.

Okay jom belajar step-by-step.

Copywriting

Platform untuk buat marketing dah ada, tapi macam mana nak beritahu orang ramai tentang produk ni?

Itulah tugas utama copywriting iaitu untuk menyampaikan mesej tentang produk tersebut kepada bakal pelanggan anda.

Copywriting yang power akan membantu anda dalam membuat jualan.

Ada banyak jenis copywriting dalam dunia ni. Lain orang lain cara yang mereka gunakan.

Paling penting apa yang kita mahukan dari setiap ayat copywriting ini ialah:

  1. Mampu menarik perhatian bakal pelanggan (prospek)
  2. Dapat mempengaruhi emosi prospek
  3. Memberi keyakinan kepada prospek
  4. Buat Prospek kita bertindak

  • Mampu menarik perhatian bakal pelanggan

Apa yang dimaksudkan dalam point ini ialah bagaimana anda mampu buatkan prospek luangkan masa mereka untuk membaca iklan anda.

Disini anda perlu tekankan penggunaan headline yang memukau mata mereka. Headline tidaklah perlu panjang, cukup sekadar menggunakan ayat yang mudah difahami, pendek tapi padat.

Penggunaan gambar juga mestilah bersesuaian dengan ayat headline anda okay. Janganla cakap tentang cara nak dapat kulit flawless tapi letak gambar gunung kan? Pastikan gambar selari dengan apa yang anda nak sampaikan.

  • Dapat mempengaruhi emosi prospek

Ayat isi anda mestilah dapat empengaruhi minda prospek dan kuatkan mereka untuk membeli. Antaranya anda boleh beri testimoni, ceritakan manfaat dan kebaikan produk. Selain itu anda boleh juga kaitkan masalah yang dihadapi orang ramai dengan produk yang anda tawarkan

  • Memberi keyakinan kepada prospek

Selain itu anda mestilah memberi keyakinan kepada prospek anda tentang produk yang anda tawarkan. Antaranya anda boleh berikan testimoni, produk anda berdaftar dengan badan-badan bertauliah seperti KKM dan sebagainya, berikan jaminan pemulangan semula wang dan banyak lagi.

  • Buat prospek kita bertindak

Ayat dah power tapi prospek tetap tak bertindak takda guna juga kan. Ini antara bahagian yang mencabar untuk seorang peniaga.

Faham sesuatu?

Harapnya faham lah, takdala saya rasa syok sendiri. Huhu.

Akhirnya kita dah sampai di penghujung.

Penutup 

Sebagai penutup saya ingin simpulkan semua yang saya kongsikan di atas ini berkaitan bisnes dropship secara online.

Produk yang tepat

Anda perlu memilihan produk yang mempunyai permintaan, untung yang menarik dan pembekal yang bagus. Secara tak lansung ia dapat membantu anda dan bisnes dropship anda untuk pergi lebih jauh. Teruskan mencuba sehingga anda jumpa produk yang tepat.

Cara pemasaran

Cara pemasaran yang efektif akan membantu dalam bisnes dropship anda. Jadi teruskan mencari ilmu untuk membuat pemasaran dan bantu anda hasilkan jualan yang konsisten walau dengan bisnes online.

Perkhidmatan atau value yang anda berikan

Perkhidmatan atau value yang ada pada anda yang akan membezakan anda dengan peniaga online yang lain.

Jagalah pelanggan sedia ada kerana potensi mereka untuk membuat belian seterusnya lebih tinggi jika apa yang anda tawarkan tiada pada peniaga online lain.

Kos mendapatkan pelanggan baru lebih tinggi, jadi jaga pelanggan sedia ada sebaiknya.

Tindakan

Kejayaan hanya datang pada mereka yang berusaha melaksanakannya. Panjang lebar dah saya berkongsi dalam artikel ini.

Saya harap anda boleh gunakan ilmu ini untuk mulakan bisnes dropship online anda sekarang. Tindakan sangat membantu kejayaan seseorang. Jika anda ada ilmu seluas lautan sekali pun, jika tiada tindakan maka sia-sia semuanya.

Orang yang gagal merancang, dia merancang untuk gagal.

Hah, jadi rancang bisnes online anda ni sebaiknya dan terus bertindak.

Adakah anda masih memerlukan bantuan untuk membantu anda lebih faham dengan panduan bisnes dropship di atas ini?

Panduan yang saya syorkan ini akan lebih membantu anda untuk memulakan bisnes online dengan cara dropship ini.

Ebook Case Study!

bisnes dropship

Dengan Ebook Case Study ini anda akan ketahui bagaimana Al-Farabi Shariff menjana RM1085 seawal hari ke-8 tanpa modal satu sen pun.

Ebook ini akan lebih membantu anda untuk mulakan bisnes dropship ini kerana ia merupakan ebook panduan yang lengkap dari pencarian produk hinggalah cara jual produk dan termasuk cara close sales.

Anda berminat nak dapatkan?

Dapatkan Ebook tersebut disini SEKARANG.

Selamat Berniaga!