Bisnes online di facebook

5 Cara Tingkatkan Jualan Di Facebook Dengan Posting Harian Ini

Untuk mulakan bisnes online di Facebook, ada pelbagai cara yang digunakan sama ada membuat jualan di profile sendiri atau menggunakan fanpage di sediakan oleh pihak Facebook.

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan cara yang mana untuk hasilkan jualan produk atau servis anda.

Dengan posting ini akan buat orang tahu  kewujudan anda, kerana posting ni seperti kita bercakap dengan mereka.

Lagi bagus kalau dapat schedule kan post anda tu, jadi takdalah sepi page anda tu.

Tapi nak post apa hari-hari?

Takda idea la nak post apa?

Hah jangan begitu, dengan post anda lah yang akan membantu meningkatkan engagement anda dengan pelanggan atau bakal pelanggan anda.

Nak tahu apa patut di post?

 

Berikut antara perkara yang boleh di post di fanpage anda.

 

1. Aktiviti

Antara post yang boleh dikongsi kan adalah aktiviti perniagaan yang anda lakukan pada hari tersebut.

Sharekan aktiviti tersebut supaya orang lebih percaya dengan perniagaan anda tu.

Seperti sedang packing parcel, berada di sesebuah event , gambar stok baru, urusan penghantaran dengan poslaju dan sebagainya.

Dengan aktiviti ini saja banyak yang anda boleh kongsikan dengan prospek anda sambil boleh tingkatkan engagement dan trust mereka.

 

2. Info Produk

Selain aktiviti, anda boleh juga ceritakan tentang info berkaitan produk anda seperti kebaikan, kelebihan, manfaat dan sebagainya.

Boleh juga update produk baru atau buat pengenalan awal sebelum anda melancarkan produk tersebut.

Dengan tersebut anda dah membuat prospek anda aware dengan produk tersebut dan membuatkan mereka tertunggu-tunggu hari kemunculan produk tersebut.

 

3. Tips dan Tutorial

Anda boleh juga masukkan tips dan tutorial yang berkaitan dengan produk atau bisnes anda.

Tahukah anda post begini buatkan prospek menghargai anda kerana telah berikan value kepada mereka.

Orang ramai akan tertarik perlahan-lahan dengan value yang anda berikan ini.

Macam kitalah, mesti suka dengan page yang banyak share info dan tips ni kan?

Jika mereka menjual produk pun kita akan lebih percaya untuk membeli dengan mereka sebab mereka dah educate kita dari awal dengan value yang mereka kongsikan dahulu.

 

4. Testimoni

Yang ni mesti sudah terbiasa dengar atau baca kan?

Yup, untuk menambahkan kepercayaan prospek anda, post-post testimoni perlu dibanyakan untuk buatkan mereka yakin dengan produk kita.

Tak kiralah dalam bentuk apa pun seperti gambar, screen capture chat, video dan sebagainya.

Dengan post testimoni ni pelanggan akan lebih percaya dengan hasil produk kita dan akhirnya ia menjadi booster untuk mereka membeli.

Anda boleh cuba selepas ini okay.

 

5. Video

Trend baru di Facebook sekarang di mana ramai orang mula post dengan video.

Terkadang video tiada kaitan sangat pun dengan bisnes  mereka, tetapi video membantu untuk tingkatkan reach dan engagement di fanpage anda.

Manusia kan lebih tertarik dengan sesuatu yang boleh nampak dan dengar ni berbanding membaca saja kan tanpa sebarang emosi.

 

Bagi anda yang nak belajar ilmu bisnes online dari awal hingga akhir tanpa sebarang modal di Facebook.

Anda boleh dapatkan Ebook Case Study Bagaimana Saya Menjana RM1085 Dalam Masa 8 Hari Tanpa Modal.

Panduan tersebut amat sesuai untuk anda yang baru nak mulakan bisnes secara online tetapi masih tidak tahu cara untuk mulakan bisnes tersebut.

Dengan Ebook ini, anda boleh kenal pasti produk apa yang boleh dijual dan paling penting kandungannya disampaikan dengan mudah, ringkas dan padat.

Sesuai untuk mereka yang baru bermula dalam bisnes online.

Sudah 552 orang sudah dapatkan Ebook Case Study ni. Sekarang semuanya bergantung pada diri anda untuk bermula.

Dapatkan Ebook tersebut disini SEKARANG.

Selamat Berniaga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *